PDB sumbang RM50,000 kepada lima badan kebajikan - Utusan Malaysia

PDB sumbang RM50,000 kepada lima badan kebajikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Jun – Petronas Dagangan Berhad (PDB) berbesar hati menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada lima badan kebajikan terpilih sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Iftar@Mesra Petronas di Dewan Konvensyen 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Ketua Bahagian Perdagangan Runcitnya, Aadrin Azly berkata, sebahagian daripada sumbangan adalah hasil jualan pek Iftar@Mesra yang diperkenalkan Petronas sempena bulan Ramadan tahun ini.

“Idea untuk memperkenalkan pek Iftar@Mesra ini adalah hasil daripada maklum balas pelanggan kami yang rata-rata meminta pihak kami menyediakan hidangan berbuka puasa yang murah, ringkas dan berkhasiat untuk mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelanggan juga ada menyuarakan hasrat untuk menambah amal kebajikan pada bulan Ramadan ini, jadi kami permudahkan niat mereka dengan menetapkan 50 sen daripada setiap pembelian pek berharga RM5 ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan terpilih,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut di sini hari ini.

Lima badan kebajikan yang dipilih ialah Rumah Kasih Harmoni, Rumah Kebajikan Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, Rumah Titian Kasih, Rumah Amal Limpahan Kasih dan Persatuan Orang Buta Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini