KUALA LUMPUR – Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) hari ini menggesa Kementerian Pertahanan (Mindef) menyiasat kebocoran dokumen sulit berhubung pelantikan pegawai kanan tentera seperti yang dilaporkan akhbar semalam. Presidennya, Brig. Jeneral. (B), Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, kebocoran maklumat itu yang turut menyatakan tentang kemungkinan pelantikan bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baharu melanggar kerahsiaan dokumen Majlis Angkatan Tentera (MAT). “Jika kerahsiaan dokumen MAT boleh bocor, dokumen pertahanan sulit yang lain juga boleh bocor dan jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan di sini.…










