MOSCOW – Pasukan bola sepak Iran berdepan dilema semasa menyertai kejohanan Piala Dunia di Moscow berikutan pemain-pemainnya yang memakai jenama popular Amerika Syarikat (AS), Nike terpaksa membeli but sendiri. Perkembangan itu berlaku apabila Presiden AS, Donald Trump mengenakan sekatan baharu ke atas Iran selepas membatalkan perjanjian nuklear dengan Teheran. Berikutan itu, gergasi pakaian dan peralatan sukan, Nike terpaksa menarik balik bekalan but kepada pasukan Iran. Pada 8 Mei lalu, Trump…










