KOTA BHARU 9 Jun – Pas menjangkakan berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan isu pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang belum selesai sehingga kini. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, situasi sekarang kedua-dua pihak iaitu kerajaan negeri dan pembangkang masih lagi dalam keadaan ternanti-nanti. “Sebenarnya Pas sudah menawarkan pembentukan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik di negeri ini. “Tujuannya adalah bagi mengelakkan berlakunya PRN…