ROME 1 Jun – Parti-parti populis Itali hari ini mencapai persetujuan bagi pembentukan kerajaan gabungan sekali gus mengelak daripada berlakunya snap election atau pilihan raya mengejut. GIUSEPPE CONTE Semalam, Presiden Sergio Mattarella menyerahkan mandat buat kali kedua kepada Giuseppe Conte yang dipilih oleh parti-parti populis sebagai Perdana Menteri. Itali mengalami ketidaktentuan politik hampir tiga bulan selepas pilihan raya pada Mac lalu yang tidak menghasilkan keputusan muktamad menyebabkan pasaran kewangan goyah…










