SYDNEY 16 Jun – Papua New Guinea mengisytiharkan keadaan darurat selain menggantung kerajaan wilayah dan menghantar tentera bersenjata ke dataran tinggi berbatu negara ini untuk memulihkan keadaan selepas perusuh terus mengamuk dan membakar, kata kerajaan. Orang ramai bersenjata yang marah dengan kegagalan cabaran mahkamah untuk pemilihan penguasa daerah, bertindak membakar sebuah pesawat, merompak sebuah gudang dan membakar bangunan di Mendi, ibu kota daerah Southern Highlands, minggu ini. Papua New Guinea…










