KUCHING 6 Jun – Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan 2018 berjumlah RM500 kepada semua penjawat Perkhidmatan
Awam Negeri Sarawak (PANS).
Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, bantuan tersebut termasuk bagi mereka yang masih berkhidmat pada atau sebelum 5 Jun 2018.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Bantuan khas kewangan ini turut merangkumi Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri sempena dengan musim perayaan pada bulan ini.
“Pembayaran bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada 13 Jun nanti,” jelas kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE











