SEREMBAN 2 Jun – Kerajaan Pakatan Harapan diingatkan supaya tidak memberi pelbagai alasan dalam menunaikan janji-janji yang dibuat dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sudah sampai masanya untuk kerajaan melunaskan janji tersebut kerana telah diberi mandat oleh rakyat yang memilih pakatan itu. “Mereka sudah menang kena tunaikan janji supaya pengundi yang memilih kerajaan baharu tahu sejauh mana ia…









