IPOH – Kerajaan negeri Perak di bawah Pakatan Harapan (PH) telah memecat tujuh pegawai eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilantik pemerintahan kerajaan terdahulu setelah didapati berbelanja melebihi yang sepatutnya. Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, pemecatan kesemua tujuh pegawai eksekutif itu dibuat susulan peletakkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan. Tanpa mendedahkan nama GLC berkenaan, Ahmad Faizal berkata, pemecatan itu juga akan menjimatkan perbelanjaan kos kerajaan negeri…










