LANGKAWI – Kerajaan Pakatan Harapan berjanji tidak akan melakukan apa yang dilakukan oleh kerajaan lepas yang telah gagal memegang amanah yang diberikan oleh rakyat, kata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini. Katanya beliau bersama-sama dengan Pakatan Harapan boleh dijatuhkan oleh rakyat jika melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan agama. “Kalau saya yang menipu, beritahu. Saya boleh dijatuhkan. Begitu juga wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Harapan yang menipu boleh disingkirkan…










