Pahang lantik dua lagi Exco - Utusan Malaysia

Pahang lantik dua lagi Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 5 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak dan ADUN Batu Talam, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram hari ini dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri yang baharu.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Angkat Sumpah jawatan kedua-dua mereka di Istana Abdulaziz di sini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi pelantikan tersebut, Pahang kini mempunyai 10 Exco selepas lapan orang dilantik pada 15 Mei lalu pada majlis sama di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan dekat sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini