Orang utan hadiah kerajaan Malaysia mati - Utusan Malaysia

Orang utan hadiah kerajaan Malaysia mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTH 19 Jun – Seekor orang utan Sumatera tertua di dunia yang mempunyai 11 ekor anak dan 54 ekor waris ‘keturunannya’ mati pada usia 62 tahun semalam.

Orang utan yang dikenali sebagai Puan itu mati di Zoo Perth yang menjadi tempat tinggalnya selepas diserahkan sebagai hadiah oleh kerajaan Malaysia kepada Austra­lia pada 1968.

Jurucakap Zoo Perth, Holly Thompson berkata, Puan me­nyumbang banyak kepada ke­langsungan spesiesnya di zoo ber­kenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain menjadi orang utan tertua, Puan menjadi pelopor kepada usaha pembiakan gene­rasi orang utan akan datang. Puan akan terus diingati oleh semua kakitangan di zoo ini,” katanya.

Sepanjang hayatnya, Puan mempunyai 11 ekor anak dan 54 ekor waris dari keturunannya yang kini diletakkan di Amerika Syarikat (AS), Eropah, Australia dan kawasan hutan di Sumatera, Indonesia.

Puan dilahirkan pada 1956 dan dinobatkan sebagai orang utan tertua di dunia oleh Guinness Book of Records. Kebanyakan orang utan betina hidup tidak melebihi usia 50 tahun.

Sementara itu, terdapat dua ekor orang utan yang merupakan anak Puan berserta empat ekor cucunya di Zoo Perth ketika ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini