Orang ramai diingatkan pastikan keselamatan di air - Ling Hii - Utusan Malaysia

Orang ramai diingatkan pastikan keselamatan di air – Ling Hii

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 1 Jun – Orang ramai di negeri ini diingatkan agar memastikan aspek keselamatan diutamakan ketika melakukan aktiviti di air di negeri ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, langkah tersebut perlu diambil perhatian berikutan statistik kes lemas yang dilihat banyak pada bulan lalu.

“Bagi sepanjang bulan Mei sahaja, sebanyak enam daripada 13 kes lemas melibatkan empat aktiviti mandi di sungai dengan enam mangsa dan dua bot karam (empat mangsa).

“Ia juga memperlihatkan aktiviti di air sangat berbahaya jika aspek keselamatan tidak diambil berat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Semalam, tiga orang dipercayai lemas dibawa arus ketika mandi di Nanga Ulin, Sungai Poi, Kanowit.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang digerakkan meskipun dalam sambutan Perayaan Gawai yang disambut hari ini.

Tambahnya, pada bulan April sebanyak lima kes lemas melibatkan aktiviti berenang, mandi, bot karam, kapal karam dan jatuh dari kapal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN