OP Noda: 7 GRO ditahan - Utusan Malaysia

OP Noda: 7 GRO ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 23 Jun – Sebanyak tujuh gadis pelayan pelanggan (GRO) warganegara Vietnam ditahan dalam Op Noda di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Klang, di sini tengah malam tadi.

Serbuan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara kira-kira pukul 12.20 tengah malam hasil maklumat orang awam serta risikan pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Nor Omar Sappi berkata, GRO yang ditahan berumur di antara 23 hingga 31 tahun.

“Kesemua wanita Vietnam itu mempunyai pasport yang sah dan menyalahgunakan  visa lawatan.

“Pada masa sama, seorang lelaki warga tempatan berumur 39 yang dipercayai penjaga premis turut ditahan dalam operasi itu,” katanya di sini hari ini.

Nor Omar memberitahu, premis hiburan tersebut tidak mempunyai lesen manakala tindakan saman telah diambil.

“Sebanyak 21 orang lelaki dan 12 wanita warga tempatan yang menjadi pelanggan di pusat hiburan itu turut diperiksa tetapi telah dibebaskan selepas semakan dan dokumantasi diambil.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (a) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1998, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN