PUTRAJAYA 28 Jun – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) memohon kerajaan mempertimbangkan jawatan Pembantu Guru dan Pembantu Tadbir Gred N17 serta N19 yang melibatkan 419 orang untuk diserapkan menjadi jawatan tetap. Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, pembantu guru serta pembantu tadbir sambilan harian di negeri Melaka dan Kedah yang dikenali sebagai PT Rintis terbabit wajar diserapkan kerana peranannya terbukti berkesan dalam mengurangkan beban guru. Beliau…










