NS tumpaskan PKNS FC di Paroi - Utusan Malaysia

NS tumpaskan PKNS FC di Paroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 4 Jun – Negeri Sembilan mencatatkan kemenangan kedua berturut- turut selepas mengatasi PKNS FC 3-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini malam tadi.

Negeri Sembilan yang naik satu anak tangga daripada kedudukan tercorot liga menggunakan peluang bermain di laman sendiri untuk menggasak kubu PKNS melalui beberapa percubaan dalam separuh masa pertama.

Pasukan itu mendahului pelawat 1-0 pada minit ke-34 melalui sepakan penalti selepas bola terkena tangan G. K. Gurusamy dalam kotak penalti PKNS.

Pemain import Flavio Beck Junior merembat ke kanan gawang PKNS menewaskan penjaga gol, Mohd Shahril Sa’ari.

Flavio sekali lagi mencatatkan nama sebagai penjaring gol Negeri Sembilan, juga melalui sepakan penalti pada minit ke-61.

Sepakan itu dihadiahkan kepada tuan rumah selepas bola terkena tangan Ketua Pasukan PKNS, Zachary Michael Anderson dalam kotak penalti.

Pemain gantian tuan rumah, Muhammad Ferris Daniel Mat Nasir yang masuk kira-kira enam minit mengukuhkan kedudukan Negeri Sembilan dengan gol ketiga pada minit ke-68.

Bagaimanapun, PKNS FC enggan mengalah dan berjaya menjaringkan gol tunggal pada minit ke-72 melalui Romel Oswaldo Morales Ramirez. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN