BATU PAHAT 6 Jun – Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti kali ini. NORAINI Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong itu mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Utusan Online, sebentar tadi. “Ya, saya akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO nanti,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp. Noraini juga merupakan Pengerusi Ahli Parlimen Wanita Komanwel (CWP) dan pernah menjadi Timbalan Menteri Sumber…










