Noraini bertanding Ketua Wanita UMNO - Utusan Malaysia

Noraini bertanding Ketua Wanita UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 6 Jun – Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti kali ini. NORAINI Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong itu mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Utusan Online, sebentar tadi. “Ya, saya akan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO nanti,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp. Noraini juga merupakan Pengerusi Ahli Parlimen Wanita Komanwel (CWP) dan pernah menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 2008 hingga 2013 selain menyandang jawatan Ahli Parlimen Parit Sulong selama tiga penggal. – UTUSAN ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN