TANJONG KARANG – Tan Sri Noh Omar hari ini mengumumkan mahu melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor. Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang memegang jawatan tersebut sejak 2013. Katanya, keputusan tersebut dibuat sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan teruk UMNO Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). “Saya akan maklum perkara ini (pelepasan jawatan) selepas selesai pelantikan Presiden UMNO baharu selesai. “Berilah peluang kepada muka baharu pula memimpin UMNO…