Nilai keperluan pinda hukuman mati mandatori - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Nilai keperluan pinda hukuman mati mandatori – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang melihat keperluan meminda hukuman mati mandatori yang terkandung dalam mana-mana akta berkaitan jenayah yang dilaksanakan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, ketika ini kerajaan hanya menangguhkan hukuman gantung terhadap pesalah berkaitan dadah.

Jelasnya, mesyuarat Kabinet yang lalu telah mengambil ketetapan meneruskan keputusan kerajaan sebelum ini menangguhkan hukuman gantung terhadap 17 banduan berkaitan kes dadah yang berada dalam senarai untuk menjalani hukuman gantung.

“Dalam konteks lebih luas, kami turut menyentuh mengenai keperluan untuk melihat semula sama ada perkara sama juga boleh diambil terhadap pesalah dalam jenayah lain,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan EduWAQF, iaitu wakaf pendidikan hasil inisiatif AWQAF Holdings Berhad di Pusat Konvensyen Bangi dekat sini hari ini.

Menurutnya, langkah itu perlu sekiranya bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati kerana membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu mahu pulang ke negara ini dan menjadi saksi kes tersebut.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, Sirul Azhar yang kini mendapat perlindungan di Australia tidak mungkin dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana negara tersebut tidak membenarkan individu yang dijatuhi hukuman gantung balik disebabkan mereka tidak melaksanakan hukuman tersebut di sana. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN