PULAU PINANG 31 Mei – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik langkah Kerajaan Pakatan Harapan membatalkan beberapa projek mega ke arah penjimatan negara dan berharap tindakan serupa dipertimbangkan bagi projek-projek mega di negeri ini. Presidennya, S. M. Mohamed Idris (gambar) berkata, antara yang perlu dinilai semula atau ditangguh adalah Pelan Induk Pengangkutan (PIP) negeri yang dianggarkan menelan kos RM46 bilion. Menurut beliau, PIP itu termasuk projek terowong dasar…










