KALININGRAD – Jurulatih Nigeria, Gernot Rohr mengakui pasukan mudanya masih ‘naif’ apabila kalah 2-0 ketika menentang Croatia pada perlawanan pembukaan Kumpulan D Piala Dunia Rusia 2018 di sini awal pagi tadi.
Sepakan penalti Luka Modric pada 19 minit sebelum tamat perlawanan dan jarinagn sendiri pada separuh masa pertama memastikan kemenangan berpihak kepada Croatia yang dibekalkan dengan kemahiran teknikal yang mantap dan menjadikan pasukan Super Eagles yang menurunkan barisan pemain muda ke Rusia pula hanya menang sekali sepanjang 13 perlawanan di pentas terbesar sukan bola sepak.
“Kami amat kecewa tapi kami perlu mengakui Croatia adalah lebih baik pada perlawanan hari ini dan pasukan muda saya telah melakukan beberapa kesilapan,” kata Rohr kepada pemberita sejurus perlawanan.
Selepas keputusan Argentina dan Iceland yang hanya sekadar seri 1-1 pada perlawanan di Saransk malam tadi, Nigeria dan Croatia mempunyai peluang untuk menguasai Kumpulan D. – AFP










