SHAH ALAM 6 Jun – Badan Bertindak Penyokong Selangor (BBPS) menyambut baik persetujuan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah untuk menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi menggantikan Datuk Seri Subahan Kamal. Wakil BBPS, Firdaus Abdul Mutalib berkata, perkhabaran tersebut diharap dapat merungkai keresahan penyokong Selangor yang ingin melihat pasukan kesayangan mereka bermain semula di Stadium Shah Alam. “Bagi pihak BBPS, kita menyambut dengan tangan terbuka jika Tengku Amir…










