ROSTOV – Penyerang Brazil, Neymar mengakui kecewa selepas skuad A Selecao tersebut hanya mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Switzerland pada aksi pembukaan Kumpulan E Piala Dunia 2018 di Arena Rostov awal pagi semalam. Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu juga mendakwa, pemain tengah Switzerland, Steven Zuber menolak Miranda sebelum dia menanduk masuk gol penyamaan pada separuh masa kedua. Neymar berpendapat, Zuber melakukan kekasaran ke atas Miranda, namun menyerahkan keputusan tersebut…










