Neymar sandaran Brazil raih kejuaraan keenam - Utusan Malaysia

Neymar sandaran Brazil raih kejuaraan keenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tumpuan saingan kali ini sudah pasti terarah kepada pemain termahal dalam sejarah bola sepak dunia, Neymar yang akan menjadi sandaran utama The Selecao untuk merangkul kejuaraan dalam edisi 2018.

Bintang penyerang itu bagaimanapun sedang menjalani proses pemulihan akibat patah ibu jari kaki dan diyakini akan tampil cemerlang menjelang aksi sebenar di Rusia.

Dia bagaimanapun sudah mula menjalani latihan bersama skuad Brazil namun mengakui kecergasannya masih belum pulih sepenuhnya tetapi yakin sempat untuk pulih sepenuhnya menjelang aksi di Rusia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada usia 26 tahun, Neymar merupakan antara peledak terbaik negara itu dengan jumlah 53 gol daripada 83 penampilan.

Bagaimanapun, empat tahun lalu sewaktu ‘malapetaka’ menimpa skuad The Selecao, Neymar tidak bersama mereka akibat kecederaan namun rakan sepasukannya memegang jersinya sambil menyanyikan lagu kebangsaan Brazil sebelum perlawanan bermula.

Kali ini sudah pasti, Neymar akan menjadi sandaran utama untuk kempen kali ini.

Brazil sememangnya memiliki rekod cemerlang semasa aksi kelayakan dengan mendahului senarai pasukan daripada Amerika Selatan selepas meraih 12 kemenangan dan hanya tewas sekali dalam 18 perlawanan.

Juara dunia lima kali itu meledak 31 gol dan hanya melepaskan 11 gol dalam aksi tersebut untuk mengumpul 41 mata, 10 mata mengatasi pencabar terdekat mereka, Uruguay.

Ketika ini satu slot ke saingan kalah mati sudah hampir pasti menjadi milik Brazil, namun pasukan manakah yang bakal mengiringi juara lima kali itu?

Berdasarkan kepada situasi semasa, Costa Rica memiliki rekod cemerlang menundukkan lawan yang lebih ‘besar’ daripada mereka terutama selepas kejayaan melangkah ke suku akhir Piala Dunia 2014 sebelum tunduk kepada Belanda menerusi penentuan penalti.

Ticos kini yang berada di bawah kendalian Oscar Ramirez dilihat semakin stabil selepas berjaya ke Rusia ketika aksi kelayakan berbaki dua perlawanan.

Kehadiran Bryan Ruiz di bahagian serangan dan penjaga gawang, Keylor Navas yang baru sahaja menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara bersama Real Madrid, sudah pasti memberikan keyakinan kepada mereka untuk beraksi cemerlang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini