Nabila mengamuk di Instagram - Utusan Malaysia

Nabila mengamuk di Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gara-gara berselisih faham de­ngan ibu tirinya, pelakon popular, Nabila Huda dikesan melepaskan perasaan geram di Instagram.

Nabila Huda atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi, 33, mendakwa ibu tiri­nya, Norhasniza Hassan menjadi punca dia tidak dapat beraya bersama bapanya, penyanyi le­genda rock, Amy Search buat kali ketiga pada ­tahun ini.

Kata selebriti itu, dia turut mendakwa mendapat layanan buruk sejak ibu tirinya yang lebih dikenali dengan panggilan Norish Hassan mendirikan rumah tangga dengan bapanya.

Di akaun Instagram tersebut, Nabila meluahkan pelbagai rasa tidak puas hati terhadap ibu tiri­nya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada masa sama, penyanyi lagu X-Ray itu turut berkongsi pe­ngalaman didakwa sebagai amat memeritkan sepanjang tempoh 18 tahun dia bersama Norish.

Bagaimanapun, Nabila me­ngakui, dia telah memaafkan tindakan wanita itu meskipun mendapat layanan buruk beberapa kali.

Nabila sebelum ini pernah berkahwin dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008 namun berpisah sebelum berkahwin pula dengan Mohd. Izwan Johar pada 2015. Hasil perkahwinan dengan Zaidy, Nabila dikurnia seorang anak iaitu Keisha Laila, 7.

Sementara itu, usaha Kosmo! untuk mendapatkan penjelasan daripada Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman tidak berjaya.

Amy dan Norish mendirikan rumah tangga sekitar 2003 dan mereka dikurniakan tiga anak iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa ­At-Tameemi, 9. Nabila merupakan anak dengan isteri pertama Amy, Faridah Fadzil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini