Nabihah enggan bersara selepas bersalin - Utusan Malaysia

Nabihah enggan bersara selepas bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYERANG skuad hoki wanita negara, Nurul Nabihah Mansur terpaksa melupakan arena hoki buat sementara waktu selepas disahkan hamil dengan kandungan berusia hampir dua bulan ketika ini.

Ia merupakan berita gembira buat Nabihah dan suaminya, Muhammad Awaluddin Hassan yang merupakan bintang skuad futsal negara selepas mereka mengikat tali perkahwinan penghujung tahun lalu.

Bagaimanapun, Nabihah, 27, terpaksa akur terlepas dua kejohanan penting bersama skuad negara iaitu Siri Hoki Terbuka Dunia di Singapura dari 26 Jun ini hingga 1 Julai depan serta Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada Ogos depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengulas lanjut, Nabihah memberitahu, dia tidak terlintas untuk bersara selepas melahirkan cahaya mata pertamanya yang dijangka awal tahun depan kerana masih mahu bermain hoki pada peringkat tertinggi.

“Buat masa sekarang saya masih mahu bermain hoki dan tidak bersara. Namun, ia bergantung pada situasi saya selepas bersalin nanti.

“Saya percaya rakan-rakan lain terutama pemain remaja mampu menggantikan tempat saya. Mereka boleh bermain, cuma memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan taktikal.

“Saya percaya mereka yang terpilih untuk dua kejohanan itu dapat menampilkan prestasi terbaik biarpun tanpa kehadiran saya,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! kelmarin.

Siri Hoki Terbuka Dunia me­ru­pakan pusingan awal kelayakan ke Sukan O­limpik 2020 di Tok­yo, Jepun, manakala Ma­laysian Tigress menyasarkan pingat gangsa pada Sukan Asia 2018 yang mana kali terakhir dilakukan sewaktu edisi 1982 di New Delhi, ­India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini