Musa nafi keluar secara haram - Utusan Malaysia

Musa nafi keluar secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 1 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman menafikan beliau telah keluar dari negara ini secara haram sebaliknya telah mematuhi undang-undang yang ada.

Peguam beliau, Zahir Shah berkata, bekas Ketua Menteri itu juga ketika ini sedang menerima rawatan yang telah dicadangkan oleh pakar perubatan dan telah lama tertangguh.

Zahir bagaimanapun tidak menyatakan lokasi sebenar Musa yang sedang disiasat oleh pihak polis Sabah berhubung laporan dibuat oleh Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

“Saya ingin mengesahkan dan menjelaskan bahawa beliau tidak pernah keluar secara haram dan perjalanannya telah melalui saluran Imigresen yang sah.

“Beliau akan kembali selepas rawatannya selesai dan doktor berpuas hati dengan keadaan kesihatan beliau,” katanya dalam satu kenyataan, di sini malam ini.

Menurut beliau, Musa turut mengulangi kesediaannya untuk memberikan kerjasama penuh dalam membantu pihak berkuasa asalkan dijalankan dengan mematuhi undang-undang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN