KOTA KINABALU – Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman kini sedang mendapatkan rawatan perubatan dan tidak melakukan perjalanan ke luar negara secara tidak sah. Tanpa memberitahu apakah yang dihidapi dan di mana beliau mendapatkan rawatan, peguamnya Zahir Shah berkata Musa dinasihatkan oleh doktor peribadinya untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit yang telah lama dihidapinya. “Saya ingin memaklumkan bahawa Tan Sri Musa ingin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah melakukan perjalanan meninggalkan…










