PONTIAN 27 Jun – Pengunjung yang datang ke bandar Pontian barangkali terkilan jika tidak menikmati murtabak hasil tangan Abdul Hamid Abu, 62, atau lebih dikenali sebagai Pak Hamid. Lebih dikenali sebagai Hamid Murtabak adalah nama yang cukup sinonim buat penduduk Pontian. Dia sudah bertapak lebih 40 tahun apabila memulakan perniagaan pada 1978 di sebelah bangunan Tabung Haji sebelum berpindah ke lokasi baharu di Pasar Peladang Pontian sampai sekarang. Mula mempelajari…










