MOSCOW – Penyerang Jerman, Thomas Muller merasakan pasukannya berdepan tekanan untuk mempertahankan kejuaraan empat tahun lalu seperti yang dikecapi Brazil pada edisi 1958 dan 1962.
Juara edisi 2014 tersebut dijadualkan berdepan Mexico di Moscow malam ini dalam usaha mereka untuk menyingkirkan El Tri dalam saingan di Rusia kali ini.
Muller mengakui Jerman kini mempunyai motivasi untuk mencipta sejarah baharu bersama pasukan setelah menjaringkan lima gol masing-masing dalam dua edisi Piala Dunia sebelum ini.
“Sudah tentu kami mahu mempertahankan kemenangan ini Kami ketika ini mempunyai motivasi yang tinggi dengan gelaran sebelum ini.
“Sebelum ini Jerman tidak pernah melakukannya. Ia sangat bermakna untuk kami mempertahankan kejuaraan ini.
“Sudah pasti kami akan mempertahankan gelaran ini serta memandang ke hadapan supaya hasrat tersebut tidak terkubur,” kata Muller.
Muller kini ketinggalan enam gol di belakang Miroslav Klose (11 gol) untuk mengejar gelaran penjaring terbanyak buat skuad Jerman, manakala Timo Werner pula adalah pencabar utamanya dalam pasukan.
“Ia sangat sukar untuk mendapatkan walaupun satu jaringan, apatah lagi saya masih ketinggalan enam gol.
“Saya tahu semua peminat sedang memperkatakan isu ini. Pada masa sama, matlamat saya juga adalah untuk menjaringkan gol ketika bertandang ke Rusia,” ujarnya. – Agensi










