Muhyiddin nafi kenal 'Dato' Amin' - Utusan Malaysia

Muhyiddin nafi kenal ‘Dato’ Amin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Jun – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya beliau didatangi oleh seorang individu bernam ‘Dato’ Amin’ yang dipercayai terlibat dalam sindiket kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia.

Muhyiddin dalam satu kenyataan menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali individu tersebut.

“Tidak ada apa-apa perbincangan antara saya dan individu tersebut mengenai kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia,” jelas kenyataan itu, hari ini.

Selain itu, Muhyiddin berkata, beliau juga telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk memberi taklimat terperinci berhubung dakwaan kononnya kementerian itu telah memberi kelulusan kepada individu terbabit untuk membawa masuk 80,000 pekerja asing ke Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Saya juga telah mengarahkan supaya pelaksanaan kelulusan ini, jika ada, ditangguhkan dahulu sehingga saya diberikan taklimat terperinci mengenainya,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN