ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri majlis berbuka puasa bersama lebih 1,000 orang asnaf dan solat Maghrib di Masjid Alor Mengkudu di sini sebentar tadi.
Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum itu menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf tersebut.
Turut menerima sumbangan daripada kerajaan negeri Kedah itu adalah
bomoh patah, penggali kubur, juru mandi mayat dan bidan serta guru al-Quran kampung.
Hadir sama ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi.
Sementara itu, Muhyiddin ketika berucap pada tersebut berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memberi perhatian dalam usaha membantu rakyat hidup dalam suasana lebih selesa.
“Antara langkah yang diambil adalah memastikan harga barangan tidak membebankan termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah ditetapkan pada kadar sifar mulai 1 Jun lalu,” katanya. – K! ONLINE











