KUALA LUMPUR 4 Jun – Malaysia Relief Agency (MRA) berjaya menyampaikan bantuan kepada kira-kira 100 keluarga yang menjadi mangsa bencana alam ribut Tropika Sagar di Kem Pelarian Maifa Mukalla, Yemen baru-baru ini.
![]() |
|
Dr. Mohd Daud Sulaiman
|
Presiden (MRA), Dr. Mohd Daud Sulaiman berkata, bantuan tersebut berupa kit-kit kebersihan dan bantuan makanan asas bagi meringankan beban mangsa apabila kem sementara yang mereka dirikan musnah akibat bencana alam tersebut.
“Kami segera bertindak malah tampil sebagai NGO luar yang terawal tiba memberikan bantuan kecemasan buat para mangsa ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, MRA melancarkan Tabung Infaq Ramadan MRA dan menyeru rakyat negara yang prihatin terhadap penderitaan rakyat Yemen agar memberi sokongan dan sumbangan kepada mereka.
“Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank yang bernombor 8600059478 (CIMB) atas nama Malaysian Relief Agency Foundation atau menghubungi kami di talian 03-91744672,” katanya. – UTUSAN ONLINE











