KUALA LUMPUR 8 Jun – Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) akan mengadakan siri konsert jelajah ke Sabah dan Sarawak bulan ini bagi meraikan ulang tahun ke-20 orkestra tersebut. Konsert di Kuching akan berlangsung pada 27 Jun ini, pukul 8 malam di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petrajaya. Sementara itu, konsert di Kota Kinabalu akan diadakan di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, pada pukul 8 malam, 30 Jun ini.…










