KOTA BHARU 26 Jun – Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) memperkenalkan penggunaan tiket atau kupon kepada orang ramai sebagai alternatif kepada meter letak kereta yang dikatakan sering rosak dan menyusahkan pengguna. Ketua Penolong Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd. Daham berkata, tiket berkenaan yang dijual dalam bentuk buku boleh digunakan di semua petak letak kereta dan boleh didapati pada harga RM6 dan RM8. “Tiket ini perlu…










