Mohd. Tajuddin pertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sik - Utusan Malaysia

Mohd. Tajuddin pertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK 30 Jun – Formula untuk bangkit semula menyebabkan tiada pertandingan merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Sik, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah berkata, tiga gandingan baik dan mantap akan membolehkan UMNO kembali kukuh di bahagian.

“Gandingan mantap dan persefahaman tiga jawatan tertinggi di bahagian yang menang tanpa bertanding adalah formula untuk parti UMNO bangkit semula daripada kekalahan.

“Saya terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Dr. Mansor Abdul Rahman yang menarik diri daripada bertanding Ketua UMNO Bahagian semalam semata-mata tidak mahu meretakkan lagi keretakan yang sedia ada dalam parti UMNO ini,” kata Mohd Tajudin ketika ditemui pada Majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Baling di Dewan Al-Hana, di sini hari ini.

Menurutnya, keputusan lawannya yang menarik diri itu adalah satu keputusan yang amat baik dan dihormati serta ikhlas dalam perjuangan parti.

“Ini adalah untuk mengharmonikan dan persefahaman antara ahli-ahlinya agar lebih kukuh dan bersatu hati dalam perjuangan.

“Sekiranya ada pertandingan, sedikit sebanyak ia akan mencalar dan meretakkan perhubungan antara ahli-ahli dan penyokong masing-masing,” katanya.

Kata beliau, pihaknya juga mengharapkan agar Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Ismail Harun, Naib Ketua UMNO Bahagian, Abdul Razak Bahari dan barisan ahli jawatankuasa yang baharu dapat bersatu hati dan terus berusaha serta bersemangat untuk terus berjuang dalam parti keramat ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN