KUALA LUMPUR – Tan Sri Mohamed Apandi Ali menerima keputusan kerajaan menamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara. “Apa-apa keputusan pun saya akan terima dengan reda sebagai ketentuan oleh Allah SWT. Alhamdulillah,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp apabila ditanya mengenai penamatan perkhidmatannya itu pagi ini. Dalam satu kenyataan pada 4 Jun lalu yang dikeluarkan oleh Istana Negara kepada Bernama pada awal pagi ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan penamatan perkhidmatan Mohamed Apandi selaku Peguam Negara oleh kerajaan…










