Mohamad, Johari dan Razlan serah borang penamaan calon - Utusan Malaysia

Mohamad, Johari dan Razlan serah borang penamaan calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Jun – Dua Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini menyerahkan borang penamaan calon bagi pemilihan parti 2018 di Menara Dato Onn di sini.

DATUK SERI MOHAMAD HASAN
DATUK SERI MOHAMAD HASAN

Mohamad bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden manakala Johari sebagai Naib Presiden.

Turut sama dalam sesi penyerahan itu ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Razlan Rafii yang menyerahkan borang  sebagai ahli majlis tertinggi parti.

Ketiga-tiga mereka tiba di lobi Menara Dato Onn di sini kira-kira pukul 11 pagi tadi sebelum menyerahkan borang masing-masing ke Ibu Pejabat UMNO.

Mengiringi kumpulan berkenaan sebagai tanda sokongan ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Mohamad ketika ditemui pemberita berkata, beliau mengambil keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana menerima desakan dan sokongan rakan-rakan.

Katanya, beliau menyahut cabaran itu dan berusaha untuk mengembalikan kebangkitan UMNO.

“Saya sudah fikir masak-masak. Mula-mula, saya ingat hendak berhenti politik. Oleh kerana mahukan UMNO teruskan perjuangan, saya sahut seruan ahli-ahli yang minta saya bertanding,” katanya.

Johari pula berkata, penyerahan borang yang dilakukan bersama-sama Mohamad hari ini bukan bererti mereka dalam solidariti yang sama, sebaliknya sebagai adik-beradik.

“Kita UMNO tidak mampu lagi hendak membentuk pasukan-pasukan. Sekarang kita akan bertanding sebagai adik-beradik,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN