KUALA LUMPUR 21 Jun – Kertas cadangan bagi menggantikan model lama monopoli Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) terhadap bekalan beras akan dibentangkan ke Kabinet selewat-lewatnya Ogos ini. SALAHUDDIN AYUB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, tiga jawatankuasa khas di bawah kementeriannya dan satu badan induk telah ditubuhkan untuk merangka model baharu tersebut yang akan digunakan selepas tamat konsesi Bernas sebagai pengimport tunggal beras negara pada 2021. “Jawatankuasa tersebut…










