Mkini DotCom gagal cabar Akta Anti Berita Tidak Benar - Utusan Malaysia

Mkini DotCom gagal cabar Akta Anti Berita Tidak Benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Jun – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan bantahan awal Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh Mkini Dotcom Sdn. Bhd. bagi mencabar Akta Anti Berita Tidak Benar 2018.

Hakim Datuk Azizah Nawawi memutuskan demikian atas alasan permohonan yang difailkan pada 27 April lalu adalah pramatang.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam N. Surendran ketika ditemui selepas sebutan kes itu di kamar hakim di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mkini Dotcom memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dalam usaha mengisytiharkan Akta Anti Berita Tidak Benar, tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal.

Pihak pemohon mendakwa, akta tersebut melanggar Fasal 5(1) dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

Dakwa Mkini Dotcom, akta tersebut meletakkan beban yang terlampau berat kepada mereka untuk memastikan setiap perkara yang diterbitkan melalui bentuk laporan atau pendapat adalah benar secara muktamad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini