JAKARTA – Pendakwah Indonesia, Aman Abdurrahman dijatuhi hukuman mati semalam selepas mahkamah mendapati dia bersalah menjadi dalang serangan pengganas kumpulan Daesh dalam kejadian pada tahun 2016. Kejadian itu menyaksikan seorang pengebom meletupkan dirinya di sebuah kafe Starbucks di sini yang menyebabkan empat orang terbunuh. Aman, 46, dikawal ketat pihak polis bersenjata pada sesi pendengaran kesnya di sebuah mahkamah di sini. Rangkaian pengganas antarabangsa itu mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan pertama di…










