Messi mungkin bersara selepas Piala Dunia - Utusan Malaysia

Messi mungkin bersara selepas Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bekas pemain skuad kebangsaan Argentina, Pablo Zabaleta percaya rakan senegaranya yang kini merupakan kapten pasukan, Lionel Messi akan bersara daripada pentas antarabangsa selepas mengharungi kempen hambar dalam Piala Dunia 2018.

Sebagai rekod, nasib skuad Argentina kini bagaikan di hujung tanduk selepas hanya mengumpul satu mata daripada dua perlawanan Kumpulan D termasuk tewas memalukan 0-3 di tangan Croatia awal pagi tadi.

Kata Zabaleta, kemungkinan besar Messi tidak akan menyarung lagi jersi Argentina memandangkan harapannya untuk menjulang trofi Piala Dunia semakin tertutup.

“Saya sangat kasihan dengan Messi kerana dia boleh menjadi pemain terbaik sepanjang zaman sekiranya mengharungi kempen cemerlang dalam pentas Piala Dunia ketika ini.

“Namun, sebaliknya yang berlaku. Dia kini semakin berusia dan mungkin tidak boleh beraksi pada kempen Piala Dunia 2022 di Qatar,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN