Mercedes bukan pilihan di Perancis - Utusan Malaysia

Mercedes bukan pilihan di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERANCIS – Pelumba Mercedes, Valtteri Bottas mengakui kenyataan bahawa Mercedes bukanlah pasukan pilihan untuk me­raih gelaran juara Grand Prix (GP) Perancis dalam saingan Formula Satu (F1) hujung minggu ini.

Pelumba berusia 28 tahun itu yang masih kecewa de­ngan kegagalan menjuarai GP Kanada dua minggu lalu berharap peningkatan terhadap enjin dapat dilakukan.

Tambahnya, situasi perlumbaan sudah menjadi semakin sengit dalam kalangan pelumba, sekali gus menyebabkan Mercedes tidak boleh terlalu selesa dengan prestasi-prestasi lepas.

“Setiap perlumbaan adalah berbeza dan memerlukan tayar yang berbeza. Sememang­nya kami memerlukan enjin baharu yang sepatutnya telah di­usahakan di Kanada.

“Saya berharap beberapa penambahbaikkan dapat dilakukan pasukan menjelang perlumbaan minggu ini.

“Kami datang ke Kanada dengan keyakinan tinggi bahawa kemenangan akan menye­belahi kami dan tidak membuat sebarang penambahbaikan pada bahagian tayar.

“Namun, ia keputusan yang salah kerana pasukan lain terus meningkatkan prestasi mereka. Oleh itu saya pasti kami bukan calon untuk memena­ngi kedudukan pertama lagi,” ujarnya – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN