SINGAPURA 6 Jun – Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan akan mengadakan lawatan selama dua hari ke Pyongyang minggu ini, sebagai persediaan untuk sidang kemuncak antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. Menurut Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan, Vivian akan berlepas ke ibu negara Korea Utara esok hingga Jumaat ini atas jemputan Menteri Luar Korea Utara, Ri Yong-ho.-AFP










