KUALA LUMPUR 19 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr. Idris Ahmad mempersoalkan tentang dakwaan penyelewengan dana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membiayai yuran pengajian pelajar Kolej Vision Kelana Jaya yang dikaitkan dengannya ditimbulkan ketika pemilihan Menteri Besar Selangor yang baharu. Sambil menafikan tuduhan itu, beliau melihat dakwaan tidak berasas itu berniat jahat dan dilakukan untuk menjejaskan reputasi baik sebagai wakil rakyat serta kerjayanya sebagai…










