MEMORANDUM: MENDAULATKAN BAHASA MELAYU DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA PRAKATA Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dengan 22 buah badan gabungannya (Kerabat) dan anggota Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang bersidang bersama pada 27 Jun 2018 di Rumah GAPENA, Kuala Lumpur bersepakat dan berpendapat bahawa kami amat perlu menyatakan sejelas-jelasnya hasrat dan pandangan kami terhadap kenyataan media YB. Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia yang disampaikan dalam bahasa Mandarin baru-baru ini.…










