KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar mahu kemenangan Pas di Terengganu diisi dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah sehingga benar-benar mempunyai pentadbiran yang cemerlang, ekonomi berkembang pesat dan diberkati Allah S.W.T. Beliau berkata, kitab suci al-Quran wajib diletakkan di tempat yang tertinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri, kegiatan masyarakat dan individu. Bagi mencapai hasrat dan cita-cita untuk mendidik rakyat melalui pendidikan al-Quran, kerajaan negeri juga akan memperkasakan institusi pendidikan sekolah agama…










