SHAH ALAM – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan beliau mempersembahkan hanya satu nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan baginda di sini semalam. Nama calon Menteri Besar baharu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dipersembahkan Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR semasa beliau menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Bukit Kayangan di sini semalam. Bagaimanapun, Mohamed Azmin ketika ditemui…










