GUA MUSANG 5 Jun – Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) akan menggerakkan sukarelawannya bagi membantu membaik pulih bangsal kambing yang dijadikan tempat berteduh kepada ibu tunggal tujuh beranak di Kampung Batu 5 di sini. Presidennya, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, bantuan itu diberikan sementara keluarga Ruslida Kamarazaman, 36, mendapat kediaman baharu yang selesa daripada pihak berwajib. Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan Ruslida dan anak-anaknya tidak mahu berpindah ke kawasan lain walaupun terdapat…










